Thursday, 28 May 2015

Selamat Berkenalan

      Hai, Assalamualaikum! Apa khabar semua? Saya harap anda semua sentiasa berada di dalam keadaan yang baik di samping keluarga tercinta.
      Sebenarnya inilah kali pertama saya membuat blog.Oleh itu, marilah saya perkenalkan diri saya dahulu:


Biodata Diri 

Nama: Noor Hamimah Khamis.

Umur: 39 tahun.

T.lahir: 5 April 1976.

Tempat lahir: Hospital Pontian, Johor.

Emel: noorhamimah76@yahoo.com.

Suami: Ghazali Bin Isahak.

Anak: Hannan Batrisyia Ghazali.
           Haris Uqail Ghazali.

Sekolah bertugas: SK Seri Ladang.


      Jadi, pasti anda semua sudahpun mengetahui identiti saya.Tujuan saya membuat blog pula adalah untuk memberikan ilmu kepada para pembaca sekalian.Saya sebenarnya ingin memberikan motivasi kepada anda semua supaya berjaya dalam kehidupan. 

      Sejak saya bergelar guru, sudah banyak pengalaman yang saya lalui. Saya juga telah memerhatikan pelbagai gelagat para murid. Ada yang bersifat baik hati, peramah, rajin, tetapi ada juga yang bersifat negatif.

      Inilah perkara yang saya hendak kongsi dengan para pembaca.
Sifat-sifat negatif yang ada pada diri pelajar sebenarnya berasal daripada pemikiran mereka.Ramai pelajar yang berpendapat bahawa belajar itu sesuatu perkara yang sangat membebankan. Jika ada murid yang berfikiran sebegitu, mereka akan menjadi malas dan tidak bermotivasi hendak belajar.Saya akan tunjukkan beberapa tip rahsia yang boleh membantu proses pembelajaran , iaitu:


      TEKNIK  AIR
      Caranya mudah dan ringkas tetapi bermanfaat iaitu, ambil beberapa botol air mineral, dan setiap satu botol air itu tuliskan nama matapelajaran yang diminati, atau jika anda rajin tulislah semua nama matapelajaran,  contohnya  "AIR MATEMATIK". Dan apabila guru sedang mengajar mata pelajaran matematik di kelas, bukalah penutup botol air mineral itu.Tetapi jika guru sedang marah, cepat-cepat tutup botol air itu kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur negatif yang didapati di dalam "AIR MATEMATIK" itu tadi.
      Apabila kita mahu  mengulangkaji pelajaran,minumlah "AIR MATEMATIK" itu tadi hingga habis.Automatik minda kita akan menjadi lebih cekap tentang matapelajaran yang dipelajari di dalam kelas.Kita juga akan menguasai bahagian-bahagian yang dipelajari. Tetapi ingat, kita hendaklah melakukannya secara kerap.


TEKNIK  7 DAN 21
      Ianya memerlukan beberapa helai kertas A4 yang tidak bergaris dan sebatang pen atau pensel.Teknik ini hanyalah untuk tujuan menghafal sifir darab sahaja. Caranya ialah, tuliskan sifir itu pada kertas A4 sebanyak 7 kali.Tetapi jangan sesekali cuba menghafalnya. Langkah seterusnya, bacalah sifir itu sebanyak 21 kali. Dan jangan menghafalnya.Apabila kesemua langkah-langkah telah disempurnakan, anda boleh berhenti. Untuk mengujinya, anda boleh melakukan aktiviti kegemaran anda. Pasti sifir itu sentiasa terngiang-ngiang di minda anda hingga anda berasa tidak selesa. Itu ialah kesan sampingan yang sementara sahaja. Tetapi apabila anda sudah terbiasa, ianya akan menjadi berguna dalam hidup anda.

      Itu adalah antara teknik yang berkesan untuk membantu anda dalam proses pembelajaran.Kali ini pula saya ingin memberitahu anda tentang tujuan belajar berkumpulan.


Tujuan Belajar Berkumpulan

  • Bertukar tukar pendapat dan idea.
  • Membantu semua ahli yang lemah dalam pelajaran.
  • Menjadikan proses mengulangkaji lebih mudah dan difahami.
  • Mengurangkan rasa bosan semasa belajar.
  • Menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.
      Kali ini saya akan menyampaikan pula tentang 7 perkara yang perlu ada semasa belajar.

7 Perkara Yang Perlu Ada Semasa Belajar
  • Motivasi.
  • Keazaman.
  • Semangat.
  • Kesungguhan.
  • Tawakal.
  • Kesabaran.
  • Kesungguhan.
      Itu sahajalah perkara yang hendak dikongsi dalam ruangan entri kali ini.Semoga segalanya bermanfaat.Assalamualaikum w.b.t.




                                  BYE!
  


      

      



      

    


      

No comments:

Post a Comment